Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 11)

4 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto pada minggu ini sambungan tajuk Studio Lighting Dalam Fotografi. Pencahayaan Dalaman (Indoor Lighting) ialah pencahayaan studio adalah sumber cahaya yang digunakan dalam persekitaran terkawal, seperti di dalam studio, untuk menghasilkan pencahayaan yang konsisten dan berkualiti. Peralatan Utama ialah Lampu strobe, lampu berterusan (continuous light), LED panel, dan aksesori seperti softbox, payung, atau reflektor. Kegunaan memberikan kawalan penuh ke atas intensiti, arah, dan kualiti cahaya tanpa bergantung kepada cahaya semula jadi. Terdapat beberapa kegunaan pencahayaan studio seperti Fotografi Potret, Fotografi Fesyen, Fotografi Produk, Fotografi makanan dan Videografi.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali